Saham AirAsia meningkat

Saham AirAsia meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) – Saham AirAsia Bhd di Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal hari ini selepas cabang jarak jauhnya, AirAsia X, mengumumkan mengenai kemungkinan usaha untuk meluaskan kapasiti ke atas beberapa laluan, pada Isnin.

Kaunter AirAsia yang merupakan antara saham paling aktif, meningkat sembilan sen kepada RM1.56 pada pukul 11.20 pagi, dengan 26.65 juta saham bertukar tangan.

Sementara itu, saham AirAsia X diniagakan tinggi, meningkat setengah sen kepada 25.5 sen dengan 15.89 juta saham diniagakan.

Ketua Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu sedang mengkaji cadangan meluaskan kapasiti di laluan seperti Australia, China dan India, selepas syarikat itu kembali mencatat keuntungan selepas rugi selama lapan suku.

ARTIKEL YANG SAMA