Saham AirAsia naik selepas perkhabaran potensi dwi penyenaraian di HK

Saham AirAsia naik selepas perkhabaran potensi dwi penyenaraian di HK

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Harga saham syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd meningkat selepas laporan perancangan dwi penyenaraian syarikat itu di Hong Kong.

Menurut laporan yang memetik sumber-sumber, dwi penyenaraian itu bertujuan untuk menjadikan AirAsia sebagai peneraju utama syarikat penerbangan tambang rendah pan-Asia serta membolehkan syarikat itu membentuk usaha sama di China.

Pada rehat tengah hari, AirAsia Bhd naik empat sen kepada RM2.63 dengan 18.84 juta saham bertukar tangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes Tan dalam Twitter kira-kira 23 jam lepas membuat komen yang samar-samar kepada potensi dwi penyenaraian itu tanpa memberikan lokasi geografi serta gambaran peningkatan kapasiti pesawat.

“Mencari lebih banyak sampingan, lebih kapasiti dan dwi penyenaraian,” kata beliau dalam Twitternya.

Dilaporkan bahawa AirAsia telah mengembangkan operasi dengan menubuhkan usaha sama dalam kawasan lain seperti India. – Bernama