Saham AS merosot menjelang perdebatan Trump-Clinton

Saham AS merosot menjelang perdebatan Trump-Clinton

NEW YORK, 27 Sept – Saham Wall Street merosot semalam sebelum perdebatan pertama dalam kempen presiden AS, dan tatkala kebimbangan mengenai Bank Deutscge menjejas saham kewangan AS.

Saham syarikat perbankan Jerman yang diniagakan di AS merosot 7.1 peratus berdasarkan laporan Berlin menolak bantuan kerajaan untuk memperkukuh modalnya. Penjualan tersebut tersebar kepada bank AS: Bank Amerika dan Goldman Sachs mengalami kerugian lebih daripada dua peratus.

Pelabur juga berasa resah mengenai perdebatan pada malam semalam di antara calon presiden Republikan Donald Trump dan Demokrat Hillary Clinton, kata Peter Cardillo, ketua ahli ekonomi di First Standard Financial.

“Pasaran mulai menyedari bahawa ia mungkin satu kemenangan yang mudah untuk Clinton,” kata Cardillo. “Biasanya kemenangan Republikan adalah positif untuk pasaran saham, tetapi dengan Trump ia mungkin menimbulkan banyak ketidakpastian.”

Industri Purata Dow Jones merosot 0.9 peratus kepada 18,094.83. S&P 500 kerugian 0.9 peratus pada 2,146.10, sementara Indeks Komposit Nasdaq merosot 0.9 peratus kepada 5,257.49.

Twitter melonjak 3.3 peratus berdasarkan laporan Bloomberg mengatakan Disney sedang menimbang satu bidaan untuk memperoleh perkhidmatan mikroblog, menambah kepada senarai peminat berpotensi yang meningkat. Disney kehilangan 1.4 peratus.

Anggota Dow Nike merosot 1.4 peratus tatkala JPMorgan Chase mengurangkan sasaran harganya untuk kasut olah raga dan pengeluar pakaian disebabkan permintaan lembap di Amerika Syarikat dan persaingan meningkat daripada Adidas, Puma dan Under Armour.

Saham Pfizer merosot 1.8 peratus selepas pengeluar ubat itu membatalkan rancangan untuk berpecah kepada dua syarikat awam berasingan, pada asalnya dipercayai sebagai satu cara untuk memaksimumkan nilai pemegang saham. Mylan kehilangan 2.1 peratus selepas Wall Street Journal melaporkan pengeluar ubat itu nampaknya telah memperoleh keuntungan yang lebih tinggi daripada ubat EpiPen daripada apa yang dikatakan oleh ketua eksekutifnya pada minggu lalu dalam mesyuarat kongres. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA