Saham Asia ambil langkah berhati-hati

Saham Asia ambil langkah berhati-hati

TOKYO, 4 Jan (Reuters) – Saham Asia memulakan urus niaga pertama tahun ini dengan berhati-hati pada pagi ini, sementara harga minyak pula melonjak tiga peratus selepas pelaksanaan hukuman mati oleh Arab Saudi ke atas seorang ulama terkemuka Syiah yang mendorong kemarahan serantau serta ketegangan geo politik.

Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun, meningkat 0.1 peratus, dengan saham mewah Australia menokok 0.6 peratus.

Namun, MSCI kecuali Jepun susut hampir 12 peratus pada tahun 2015. Nikkei Jepun susut satu peratus, dalam pasaran turun naik untuk jatuh dalam saham Amerika Syarikat (AS) bagi kedua-dua sesi sebelumnya, ketika pasaran Jepun ditutup.

RHB BANK / SAHAM MAS

Nikkei memperoleh sekitar sembilan peratus, tahun lalu. Niaga hadapan saham AS meningkat 0.3 peratus, menerusi tindak balas spontan terhadap lonjakan harga minyak, pulih sedikit dari seminggu rendah pada 31 Disember.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras global meningkat 3.0 peratus kepada AS$38.40 setong, kenaikan setinggi AS$38.46, iaitu tertinggi sejak Disember. Pelaksanaan hukuman mati oleh Arab Saudi ke atas ulama Syiah itu berlaku pada Sabtu.

Riyadh memutuskan hubungan dengan Iran selepas berlaku tunjuk perasaan di Kedutaan Arab, di Tehran. Sementara itu, dalam pasaran mata wang, Swiss franc dibida sehingga memperoleh 0.4 peratus berbanding euro kepada 1.0849 setiap euro.

ARTIKEL YANG SAMA