Saham Asia belum pulih sepenuhnya

Saham Asia belum pulih sepenuhnya

HONG KONG, 28 Jun (AP) – Kebanyakan saham Asia merosot hari ini tatkala Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah dan kesannya yang bercelaru terus menjadi sebut-sebutan di seluruh pasaran kewangan global.

Pasaran telah dibelenggu oleh keputusan pengundian pada minggu lalu, yang juga membawa pound kepada tahap paling rendahnya dalam tiga dekad. Krisis dan ketidakpastian mengenai keputusan untuk meninggalkan EU mendorong agensi pemeringkatan Standard & Poor’s dan Fitch semalam melucutkan UK daripada pemeringkatan kreditnya.

Indeks Nikkei 225 di Jepun kehilangan 0.4 peratus kepada 15,248.28 sementara Kospi di Korea Selatan menambah 0.2 peratus kepada 1,929.68. Indeks Hong Kong Hang Seng merosot 1 peratus kepada 20,032.68 sementara Indeks Komposit Shanghai di China merosot 0.4 peratus kepada 2,885.72. S&P/SX 200 di Australia merosot 1.3 peratus kepada 5,072.80.

Saham di Taiwan, Singapura dan Indonesia meningkat tetapi di Malaysia dan Filipina mereka merosot.

“Perniagaan pada jangka pendek mungkin dipengaruhi oleh kesan sampingan Brexit tatkala pasaran global menilai pendedahan mereka kepada Eropah,” kata Alex Furber daripada CMC Markets di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA