Saham Asia bertahan selepas petunjuk baru

Saham Asia bertahan selepas petunjuk baru

TOKYO, 10 Ogos (Reuters) – Saham-saham Asia bertahan hari ini selepas petunjuk baru kelembapan ekonomi China yang menegangkan pasaran sudah pun terganggu oleh prospek kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pada bulan September.

Nikkei Jepun jatuh 0.4 peratus dan saham Korea Selatan jatuh 0.3 peratus. Indeks paling luas MSCI, Indeks saham Asia Pasifik di luar Jepun menghampiri tahap rendahnya 1 ½ tahun bulan lalu dan kekal mendatar.

“Harga pasaran dalam pertumbuhan lebih rendah di China dan penamatan kepada apa yang digelar kitaran hebat komoditi,” kata Yoshinori Shigemi, pakar strategik pasaran sejagat di JPMorgan Asset Management.

Eksport China jatuh 8.3 peratus dalam bulan Julai, kejatuhan terbesar mereka dalam tempoh empat bulan dan jauh lebih teruk dari ramalan ahli ekonomi iaitu kejatuhan 1.0 peratus, data menunjukkan Sabtu lalu.

Deflasi harga pengeluar semakin teruk kepada 5.4 peratus, yang mengakibatkan harga borong pada tahap terendah sejak lewat 2009.

Data itu muncul ketika kebanyakan mata wang negara sedang membangun tertekan akibat jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menamatkan kadar faedah kosongnya yang hampir sedekad.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat Jumaat lalu berkata para majikan menambah 215,000 pekerjaan dalam bulan Julai, hanya sedikit di bawah tinjauan Reuters, iaitu 223,000 pekerjaan. Kadar pengangguran ialah pada tahap rendah tujuh tahun 5.3 peratus dan terdapat tanda gaji mula naik.

Perangkaan itu telah mendorong para pedagang menambah jangkaan bahawa Simpanan Persekutuan akan menaikkan kadar faedah dalam September, meskipun penetapan harga pasaran wang masa depan menunjukkan ia masih dalam tahap berisiko.

ARTIKEL YANG SAMA