Saham Asia catat peningkatan

Saham Asia catat peningkatan

SYDNEY, 23 Ogos – Saham Asia meningkat sedikit sementara dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh hari ini kerana kekurangan petunjuk utama.

Indeks meluas pasaran Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI naik 0.2 peratus, dengan Korea dan Australia meningkat dalam jumlah yang sama.

Sementara Indeks Nikkei bergerak ke arah bertentangan dan merosot 0.4 peratus berikutan pengukuhan yen berbanding dolar AS.

Seluruh dunia dilihat menunggu komen daripada Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen pada mesyuarat tahunan bank pusat itu di Jackson Hole Jumaat ini.

Semalam di Wall Street, Indeks Dow ditutup 0.12 peratus lebih rendah, sementara Indeks S&P 500 jatuh 0.06 peratus dan Indeks Nasdaq naik 0.12 peratus.

Saham Biotech mendapat sokongan daripada Pfizer yang membeli pengeluar ubat kanser, Medivation berjumlah AS$14 bilion, yang mana meningkat hampir 20 peratus.

Daripada 479 syarikat dalam Indeks S&P 500 yang melaporkan perolehan mereka, 71 peratus melangkaui jangkaan, demikian mengikut perangkaan Thomson Reuters.

Di pasaran tukaran asing, dolar AS jatuh dengan mencecah 94.442 berbanding kumpulan mata wang lain. Dolar jatuh ke paras 100.11 yen berbanding 100.30 di New York, sementara euro naik ke paras AS$1.1331. – Agensi