Saham Asia catat peningkatan

Saham Asia catat peningkatan

SHANGHAI, 26 Ogos (AFP) – Saham Asia meningkat dalam perniagaan hari ini, selepas pemotongan kadar faedah di China mulai menenangkan kebimbangan mengenai pertumbuhan bantut dalam ekonomi nombor dua dunia dan membendung krisis yang telah membimbangkan pasaran global.

Bank pusat China mengurangkan kadar faedah dan jumlah wang yang perlu dipegang oleh bank dalam simpanan semalam, tindakan kedua sedemikian dalam dua bulan dalam usaha untuk merangsang pertumbuhan yang lembap.

Langkah tersebut bukan sahaja dijangka membantu merangsang aliran tunai di China, tetapi juga memulihkan keyakinan bahawa Beijing boleh memimpin ekonomi kedua terbesar dunia keluar daripada pinjaman dan memulihkan pertumbuhan global.

Pemotongan pada mulanya menyemarakkan pemulihan dalam ekuiti global, dengan saham Eropah bertambah selepas mencatat kerugian terbesar mereka sejak krisis kewangan 2008 pada Isnin tatkala panik mengenai China menyelubungi pasaran dunia.

Perasaan optimistik lenyap pada akhir perniagaan AS, dengan Wall Street berakhir di julat negatif selepas mencatat pemerolehan kukuh apabila pelabur menyoal sama ada ia mencukupi untuk memulihkan pasaran China.

Namun selepas perubahan besar dalam urus niaga awal, pelabur Asia mendorong saham lebih tinggi, dengan saham Tokyo melonjak lebih daripada tiga peratus sebelum ditutup selepas kerugian selama enam sesi berturut-turut.