Saham Asia di paras terendah 4 tahun

Saham Asia di paras terendah 4 tahun

TOKYO, 12 Jan (Reuters) – Saham Asia berlegar di paras terendah dalam tempoh hampir empat tahun sementara harga minyak berada pada paras terendah hampir 12 tahun pagi ini berikutan pelabur bimbang kemampuan Beijing mengawal ekonominya.

Indeks MSCI merangkumi saham Asia di luar Jepun menokok 0.3 peratus pada dagangan awal tetapi masih berada di paras terendah hampir empat tahun yang di cecah Isnin, dan masih jatuh lebih lapan peratus sejak tahun baharu 2016.

Indeks Nikkei Jepun susut 1.3 peratus selepas pasaran ditutup sempena cuti umum pada Isnin, mencecah paras terendah tiga bulan dan jatuh lebih lapan peratus setakat tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA