Saham Asia dibuka lebih tinggi

Saham Asia dibuka lebih tinggi

TOKYO, 17 Jun (AFP) – Saham Asia meningkat pagi ini, namun dalam landasan mencatatkan penurunan mingguan dalam minggu yang dikuasai oleh kebimbangan bahawa pengundi Britain akan memilih untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dalam referendum minggu depan.

Kempen bagi undian akan datang, yang dibayangi oleh mesyuarat bank pusat, digantung sementara selepas seorang Ahli Parlimen Britain mati ditembak semalam.

Pound meningkat 0.5 peratus dalam dagangan awal Asia pada AS$1.4273 dengan penganalisis berkata, kematian Ahli Parlimen yang pro-keanggotaan itu akan mengubah pandangan awam terhadap kem ‘Kekal’.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun meningkat 0.5 peratus, namun susut hampir tiga peratus minggu ini.

Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman, dengan penanda aras S&P 500 membayangi penurunan ketara untuk menghentikan aliran kemerosotan lima hari. Indeks Nikkei Jepun menokok 1.7 peratus, memulihkan semula sebahagian penurunannya.

Bagaimanapun, saham Jepun masih dalam landasan untuk susut lebih daripada lima peratus bagi minggu di mana nilai yen melonjak selepas Bank Japan memilih untuk mengekalkan dasar berbanding memperkenalkan dasar rangsangan baharu.

Ia susulan risiko daripada inflasi dan pertumbuhan global yang lemah.

ARTIKEL YANG SAMA