Saham Asia ditutup rendah

Saham Asia ditutup rendah

HONG KONG, 24 Mac (AFP) – Saham Asia ditutup rendah hari ini dengan saham tenaga mengambil kejatuhan harga minyak manakala dolar yang lebih mengukuh memberi tekanan kepada pengeluar komoditi.

Saham tenaga menyeret Wall Street dan ekuiti Eropah lebih rendah semalam selepas harga minyak AS jatuh di bawah AS$40 setong untuk kali pertama dalam lima sesi.

Minyak mentah mencatatkan kerugian paling besar dalam tempoh enam minggu selepas stok simpanan AS melonjak sebanyak 9.36 juta tong minggu lalu, iaitu tiga kali ganda daripada yang dijangkakan penganalisis, menurut Bloomberg News.

Petunjuk AS akan menaikkan kadar faedahnya bulan depan turut mendorong pengukuhan dolar lebih tinggi dan menambah tekanan kepada komoditi.

Saham China juga turut merosot dengan Shanghai jatuh 1.36 peratus dan Hong Kong susut 1.52 peratus dalam dagangan tengah hari. Tokyo ditutup rendah 0.64 peratus dan Seoul, 0.46 peratus.

“Harga minyak dan pasaran ekuiti sedang terumbang-ambing di ambang pengunduran lebih besar (disebabkan tindakan pegawai Rizab Persekutuan AS), melonjakkan dolar AS,” kata Angus Nicholson, penganalisis pasaran di IG.

“Pasaran di Asia dilihat akan berlegar keseluruhan rantau ini berikutan mengalami kerugian stabil di sepanjang sesi.”

Pandangan daripada beberapa ahli Fed juga telah meningkatkan jangkaan bank yang akan memulakan pendekatan lebih memberangsangkan berbanding petunjuk minggu lalu apabila kadar faedahnya kekal stabil.

ARTIKEL YANG SAMA