Saham Asia hampiri paras terendah 2011

Saham Asia hampiri paras terendah 2011

TOKYO, 18 Jan – Saham Asia hari ini kelihatan menghampiri paras terendah sejak tahun 2011 berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah ekoran kejatuhan harga minyak yang tidak menunjukkan tanda-tanda surut, mencetuskan kebimbangan lanjut mengenai kemerosotan ekonomi global.

Penutup dagangan niaga hadapan Nikkei Jumaat lalu membayangkan indeks itu mungkin jatuh melebihi dua peratus, iaitu di bawah paras terendahnya pada September kepada paras terendah dalam setahun, manakala saham Australia hari ini jatuh 1.7 peratus.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun, yang telah jatuh 10.5 peratus dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini, adalah dalam lingkungan paras terendah sejak 2011, iaitu 3.7 peratus di bawah paras penutupannya pada Jumaat lalu.

Di Wall Street, S&P 500 mencecah paras terendah 15 bulan Jumaat lalu, menjelang cuti pasaran pada hari ini untuk menyambut Hari Martin Luther King Jr.

Penurunan yang tidak dijangka dalam jualan runcit dan kejatuhan bulanan ketiga berturut-turut dalam pengeluaran industri pada bulan Disember menambah kepada petunjuk terbaharu bahawa pertumbuhan ekonomi AS jatuh – pada suku keempat. – Reuters

Seorang pejalan kaki memegang payung berjalan lalu di hadapan papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara di luar sebuah broker saham di Tokyo. - Reuters
Seorang pejalan kaki memegang payung berjalan lalu di hadapan papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara di luar sebuah broker saham di Tokyo. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA