Saham Asia jatuh pada awal dagangan

Saham Asia jatuh pada awal dagangan

SYDNEY, 20 Jan – Pasaran saham Asia jatuh pada awal dagangan berikutan kejatuhan berterusan harga minyak menghapuskan cubaan rali harga di Wall Street.

Harga minyak mentah AS berada di paras terendah sejak 2003 selepas badan pemantauan tenaga dunia memberi amaran pasaran akan ‘lemas dalam lebihan bekalan.’

Dagangan hadapan minyak mentah AS jatuh 49 sen kepada AS$27.97 se-tong pada awal dagangan, manakala minyak mentah Brent disebut harga pada AS$28.76 satu tong.

Pasaran saham memberi reaksi dengan menyongsang kenaikan pada Selasa, yang disifatkan kenaikan yang jarang-jarang berlaku, manakala indeks meluas MSCI merangkumi saham di Asia-Pasifik kecuali Jepun jatuh 0.3 peratus.

Pejalan kaki berlindung dari hujan, berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukkan Bursa Saham Nikkei di Tokyo, Jepun semalam. - Reuters
Pejalan kaki berlindung dari hujan, berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukkan Bursa Saham Nikkei di Tokyo, Jepun semalam. – Reuters

Indeks Nikkei jatuh 0.7 peratus, manakala saham Australia jatuh 0.4 peratus. Pasaran China menerajui lantunan harga pada Selasa dengan indeks CSI300 menokok 3.0 peratus dan Indeks Komposit Shanghai naik 3.2 peratus.

Rali itu membingungkan ramai pihak selepas mengambil kira berita ekonomi dari China yang tidaklah begitu cemerlang, manakala Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) pula merendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi dunia buat kali ketiga dalam tempoh kurang setahun.

Peniaga difahamkan spekulasi dasar rangsangan dasar China sebagai satu daripada alasannya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA