Saham Asia jatuh selepas penurunan Wall Street

Saham Asia jatuh selepas penurunan Wall Street

SYDNEY, 28 Jan – Pasaran saham Asia susut pagi ini susulan kejatuhan di Pasaran Saham Wall Street berikutan kebimbangan pelabur terhadap Rizab Persekutuan AS yang mungkin terus menaikkan kadar faedah, walaupun berhadapan situasi pasaran kewangan dan ekonomi global yang tidak menentu.

Lantunan harga minyak mengurangkan ketegangan, selepas Russia membayangkan kemungkinan bekerjasama dengan OPEC, sekali gus merangsang perbincangan mengenai perjanjian untuk mengurangkan lebihan bekalan global.

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$33.10 setong pagi ini, selepas melonjak dari lebih empat peratus pada semalam.

Pasaran kekal sangat tidak stabil, walaupun dengan harga minyak mentah AS jatuh 41 sen dalam dagangan awal untuk kekal pada AS$31.89.

Indeks MCSI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.5 peratus berikutan penurunan di Wall Street, sementara indeks utama Australia jatuh 0.6 peratus.

Nikkei Jepun pula turun 0.96 peratus, selepas 2.7 peratus melonjak pada hari sebelumnya. – Reuters

Reaksi seorang pelabur di hadapan skrin elektronik yang menunjukkanmaklumat saham di sebuah bursa saham di Fuyang. – Reuters
Reaksi seorang pelabur di hadapan skrin elektronik yang menunjukkanmaklumat saham di sebuah bursa saham di Fuyang. – Reuters