Saham Asia jatuh susulan kerugian Wall Street

Saham Asia jatuh susulan kerugian Wall Street

TOKYO, 14 Jan (Reuters) – Saham Asia susut hari ini ekoran kerugian besar yang dicatatkan di Wall Street, selepas minyak mentah Brent jatuh ke paras 12 tahun rendah di tengah-tengah kemerosotan komoditi yang meningkatkan kebimbangan terhadap ekonomi global.

Pasaran Eropah dijangka dibuka amat rendah. Pakar kewangan menjangkakan FTSE 100 Britain dan DAX Jerman masing-masing dibuka rendah sehingga 1.7 peratus dan CAC 40 Perancis dibuka sehingga 1.8 peratus lebih rendah.

Penanda aras global, Brent masih rendah 0.3 peratus kepada AS$30.22, selepas mencatat paras rendah 12 tahun iaitu AS$29.73.

Harga minyak mentah AS menambah sekitar satu peratus kepada AS$30.77 setong, tetapi kekal tidak jauh dari titik terendah pada Selasa iaitu AS$29.93, yang mana menjadi paras terendah sejak Disember 2003.

Indeks MSCI bagi Asia Pasifik selain Jepun susut 1.4 peratus. Di China, Indeks Komposit Shanghai lebih tinggi 0.9 peratus dan indeks CSI300 naik 1.1 peratus.

Indeks KOSPI Korea Selatan jatuh 0.9 peratus, selepas bank pusat negara itu mengekalkan kadar faedah negara itu untuk tujuh bulan berturut-turut seperti dijangka.

Nikkei Jepun ditutup rendah tetapi masih susut 2.7 peratus ekoran data domestik yang perlahan yang menambah kesuraman pasaran.

ARTIKEL YANG SAMA