Saham Asia lemah pada awal dagangan

Saham Asia lemah pada awal dagangan

TOKYO, 27 Jan – Saham Asia didagangkan lemah, sebagai maklum balas tunggu dan lihat menjelang kenyataan dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat hari ini dengan sentimen kurang memberangsangkan selepas kejatuhan saham China pada hari sebelumnya.

Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun tidak berubah selepas meningkat 1.2 peratus pada Selasa, manakala salam Australia susut 0.3 peratus.

Asia gagal menarik sokongan daripada lantunan semula semalaman di Wall Street di mana keputusan perolehan positif dan lonjakan harga minyak mentah meletakkan Dow 1.8 peratus dan S&P 500 1.4 peratus lebih tinggi.

Semalam, saham China susut enam peratus sekali meletakkan pelabur dalam mod berhati-hati. Risiko minat juga lemah selepas harga minyak mentah kekal susut.

Pemantauan rapi menjelang hasil mesyuarat Fed lewat hari ini juga melemahkan minat. – Reuters

Seorang pelabur saham memerhati maklumat saham pada peranti mudah alih beliau di salah sebuah bursa saham di Shanghai, China. - Reuters
Seorang pelabur saham memerhati maklumat saham pada peranti mudah alih beliau di salah sebuah bursa saham di Shanghai, China. – Reuters