Saham Asia meningkat meski minyak merosot

Saham Asia meningkat meski minyak merosot

TOKYO, 29 Dis – Pasaran saham Asia meningkat hari ini dalam perniagaan naik turun meskipun kebimbangan mengenai keadaan ekonomi China, penjana utama pertumbuhan global.

Satu lagi kemelesetan dalam harga minyak juga mengawal keghairahan pelabur dalam perniagaan kecil tatkala pasaran ditutup pada minggu terakhir tahun ini.

Penganalisis mengingatkan kemerosotan harga minyak mentah, yang telah mencatat kenaikan pada minggu lalu, akan menjejas pasaran Asia Pasifik.

“Apabila kelemahan dalam minyak menarik perhatian pasaran, ia menjejas sentimen,’ beritahu Toshihiko Matsuno, ketua strategi di SMBC Friend Securities di Tokyo, kepada Bloomberg News.

“Pergerakan dalam saham China akan terus memberi kesan ke atas pasaran lain.”

Bagaimanapun, saham China meningkat dalam perniagaan pada lewat petang, sementara Tokyo dan Sydney meninggalkan kerugian awal untuk berakhir lebih tinggi, sebahagiannya disebabkan pembelian tawar-menawar.

Shanghai ditutup pada 0.85 peratus dan Shenzhen 0.95 peratus. Indeks Hang Seng di Hong Kong telah meningkat 0.36 peratus pada tengah hari hari ini.

Di Tokyo, Nikkei 225 ditutup 0.58 peratus lebih tinggi disebabkan pemburuan tawar-menawar selepas berakhir tidak berubah pada tengah hari.

Seoul berakhir 0.11 peratus lebih tinggi dan Singapura ditutup 0.45 peratus dalam perniagaan tengah hari. Taiwan merosot 0.77 peratus.

S&P/ASX200 di Australia tidak peduli kerugian awal tatkala pelabur membeli saham bank dan pengguna, menghapus kira kemerosotan dalam syarikat perlombongan utama, untuk berakhir meningkat 1.15 peratus.

Di Wellington, indeks NZX-50 naik 1.07 peratus.

Sebelum itu, sentimen adalah suram ekoran data perindustrian yang mengecewakan yang menandakan kelemahan dalam ekonomi China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA