Saham Asia merosot

Saham Asia merosot

HONG KONG, 29 Sept (AFP) – Firma sumber yang dipimpin oleh syarikat perlombongan Glencore mengetuai satu penjualan di pasaran Asia hari ini ekoran kerugian teruk di seluruh Eropah dan New York tatkala kebimbangan mengenai kesan pertumbuhan lembap China muncul semula.

Yen berpulih dan risiko lebih tinggi mata wang pasaran membangun menerima tamparan hebat sekali lagi sebelum data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menentukan keputusan Persekutuan Simpanan mengenai bila untuk menaikkan kadar faedah.

Mata wang India rupee mengalami tekanan penjualan selepas bank pusat negara mengurang kadar faedah sekali lagi.

Dewan perniagaan di seluruh dunia telah menyaksikan keadaan tidak stabil sejak pertengahan Ogos, apabila China menurunkan nilai mata wang yuannya, menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi nombor dua dunia dan penjana pertumbuhan global penting.

“Kemelesetan di China sedang tersebar ke ekonomi Asia lain, Brazil dan Australia, dan kelemahan di negara membangun mungkin bergema di seluruh ekonomi dunia,” beritahu Toshihiko Matsuno, ketua ahli strategi di SMBC Friend Securities, kepada Bloomberg News.

“Kami masih tidak tahu bila kebimbangan pasaran mengenai kemelesetan China akan berakhir, dan disebabkan ini pelabur sedang beralih kepada wang tunai dan aset yang selamat.”

Pertumbuhan China telah pun menjadi lembap selama beberapa bulan dan ekonomi pada tahun ini dijangka melihat prestasi paling teruk dalam satu suku abad.

Keyakinan yang telah pun lemah pada minggu lalu diburukkan lagi dengan berita bahawa pengukur aktiviti kilang di negara mencecah tahap paling teruknya selama enam setengah tahun pada September.

Semalam, Beijing berkata syarikat perindustrian utamanya melihat keuntungan merosot 8.8 peratus pada Ogos – terjejas oleh penurunan nilai mengejutkan pada bulan lalu, permintaan lemah dan kemerosotan saham.