Saham Asia merosot

Saham Asia merosot

TOKYO, 7 Jan – Saham Asia merosot secara menyeluruh hari ini selepas China sekali lagi memimpin yuan lebih rendah sementara saham Shanghai merosot lebih daripada 7 peratus dan mencetuskan pemutus litar pasaran saham untuk kali kedua pada minggu ini.

Perniagaan saham digantung sepanjang hari. Peraturan baru yang didedahkan oleh pihak berkuasa China pada minggu ini, yang mengehad penjualan oleh pemegang saham besar, tidak diterima baik oleh pelabur, dan tidak menyediakan kelegaan..

“Ia adalah gila. Pengatur China mengambil haluan ini pada Julai dan mereka tidak dapat keluar daripadanya. Mereka telah memusnahkan harapan pelabur dalam pasaran,” kata Alberto Forchielli, pengasas Mandarin Capital Partners.

Dengan risiko sentimen terjejas, penerima taruhan meramalkan pembukaan yang lebih rendah untuk FTSE, Britain, DAX Jerman dan CAC Perancis.

Indeks paling luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun merosot 2 peratus, mencecah tahap paling rendahnya sejak akhir September.

Saham Australia kerugian 2.2 peratus dan KOSPI di Korea Selatan merosot 0.8 peratus. Nikkei di Jepun merosot 2.2 peratus.

Keadaan ekonomi China timbul semula sebagai topik kebimbangan utama selepas menjejas pasaran pada Ogos lalu apabila Beijing mulai menurun nilai mata wang yuan.

“Ketegangan geopolitik berpunca daripada ketegangan SaudiIran dan ujian nuklear Korea Utara telahpun mempertingkat suasana “berisiko.”

Kemunculan semula risiko China merupakan satu tamparan psikologi tambahan kepada pasaran yang membawa kepada penjualan dalam ekuiti,” kata Takashi Hiroki, ketua ahli strategi di Monex Securities di Tokyo. – Reuters