Saham Asia suram

Saham Asia suram

TOKYO, 19 Jan – Pasaran Saham Asia didagangkan rendah pada pembukaan pagi Selasa susulan kesuraman pasaran saham Eropah semalam.

Sentimen diburukkan lagi dengan harga minyak yang kekal menurun menjejaki langkah penarikan balik sekatan dagangan ke atas pengeluar besar, Iran.

Asia tidak memperoleh sebarang petunjuk dari Pasaran AS Wall Street yang ditutup Isnin, sempena Martin Luther King Day.

Indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik selain Jepun menjunam 0.1 peratus mencecah 2011.

Pasaran Tokyo, Nikkei menurun 0.3 peratus. Indeks FTSEurofirst 300 yang mencatat kerugian lebih daripada 10 peratus tahun ini terus turun sebanyak 0.3 peratus pada Isnin dengan indeks bank rantau itu turun 3.4 peratus. – Reuters