Saham China bergelut

Saham China bergelut

SHANGHAI, 27 Jan – Saham China bergelut selepas susut pada sesi sebelumnya, mengambil sedikit manfaat daripada kenaikan pasaran global walaupun sentimen lemah menjelang kenyataan dasar mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat hari ini.

Penanda aras Indeks Komposit Shanghai dibuka sedikit tinggi namun kembali susut 0.4 peratus pada 0150 GMT.

Pada Selasa, ia susut 6.4 peratus kepada paras penutup terendah sejak 1 Disember 2014.

Indeks CSI300 bagi syarikat senaraian awam terbesar di Shanghai dan Shenzhen juga cuba bergerak lebih tinggi pada permulaan sebelum jatuh 0.3 peratus.

Saham di Wall Street mencatat peningkatan semalaman selepas harga minyak mentah yang mencecah paras rendah 12 tahun disebabkan krisis lebihan bekalan dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang goyah minggu lalu, melantun semula melebihi paras AS$30 setong dengan harapan kepada pengurangan pengeluaran. – Reuters

Seorang pelabur melihat skrin elektronik yang menunjukkan maklumat saham di sebuah bursa saham di Beijing. - Reuters
Seorang pelabur melihat skrin elektronik yang menunjukkan maklumat saham di sebuah bursa saham di Beijing. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA