Saham China catat kemerosotan

Saham China catat kemerosotan

HONG KONG, 17 Ogos (Reuters) – Saham China merosot hari ini tatkala pelabur bimbang Beijing akan membenarkan yuan susut nilai seterusnya, meskipun kenyataan daripada bank pusat pada minggu lalu mengatakan ia tidak melihat terdapatnya sebab-sebab untuk kemerosotan selanjutnya.

Indeks CS1300 merosot 0.5 peratus kepada 4,054.80 mata pada akhir sesi pagi, sementara Indeks Komposit Shanghai kerugian 0.1 peratus kepada 3,960.61 mata.

Bank pusat telah berusaha untuk menstabilkan yuan dalam sesi terbaru dan meredakan kebimbangan pelabur global selepas ia menurun nilai mata wang itu secara tidak sengaja sebanyak 2 peratus pada Selasa lalu.

Yuan tidak banyak berubah pada Jumaat dan Isnin, tetapi pemerhati pasaran percaya mata wang mungkin menerima tekanan ketika ekonomi bergelut, mengekal tekanan pada saham pengimport dan firma dengan hutang dolar AS yang tinggi.

“Pelabur tidak berminat untuk memasuki pasaran berdasarkan jangkaan yuan boleh susut nilai seterusnya dalam jangka panjang,” kata Steven Leung, pengarah di UOB Kay Hian di Hong Kong.

Orang ramai memerhatikan dengan penuh khusyuk papan elektronik yang memaparkan indeks pasaran saham semasa di salah sebuah pusat pasaran saham di Hong Kong. – Reuters
Orang ramai memerhatikan dengan penuh khusyuk papan elektronik yang memaparkan indeks pasaran saham semasa di salah sebuah pusat pasaran saham di Hong Kong. – Reuters

Syarikat insurans juga merosot disebabkan kebimbangan mengenai tuntutan selepas letupan besar-besaran di pelabuhan Tianjin, tambah Leung.

Kumpulan Insurans Ping An merosot 2.9 peratus dan China kerugian lebih daripada 3 peratus di Shanghai. PICC Property and Casualty merosot 1.7 peratus di Hong Kong.

Pasaran niaga depan menjangka kerugian seterusnya untuk indeks utama, dengan niaga depan indeks saham China CS1300 untuk Ogos merosot 1.0 peratus kepada 3,970.6, 84.20 mata di bawah nilai indeks sekarang.

Namun Leung berkata risiko negatif dipercayai adalah terhad, dengan pelabur menjangka kerajaan dan ejennya akan campur tangan sekali lagi untuk menyokong pasaran sekiranya ia mengancam akan merosot sekali lagi seperti yang dilakukannya pada awal musim panas.

Di Hong Kong, kebimbangan mengenai ekonomi meleset China mendesak indeks Hang Seng merosot 1.0 peratus kepada 23,754.21 mata, manakala Indeks Perusahaan Hong Kong China merosot 1.7 peratus kepada 10,868.29.

Indeks yang mengukur perbezaan harga di antara syarikat yang disenaraikan di dua bursa saham di Shanghai dan Hong Kong mencecah pada 138.01.

ARTIKEL YANG SAMA