Saham China ditutup lebih 5 peratus

Saham China ditutup lebih 5 peratus

SHANGHAI, 27 Nov (AFP) – Saham-saham China ditutup lebih lima peratus hari ini, selepas penyiasatan diumumkan ke atas beberapa firma besar pembrokeran.

Tanda aras Indeks Komposit Shanghai jatuh 5.48 peratus atau 199.25 mata, kepada 3,436.30. Indeks Komposit Shenzhen yang menjejaki saham tukaran kedua China jatuh 6.09 peratus atau 141.58 mata, kepada 2,184.11.

Kejatuhan itu berlaku selepas salah sebuah firma pembrokeran terbesar negara, Guosen Securities berkata ia sedang disiasat oleh pengawal atur pasaran kerana ‘pencabulan peraturan’ yang disyaki, beberapa minggu selepas presidennya menggantung dirinya sendiri.

Itu berlaku ketika broker saham nombor satu, Citic Securities berkata semalam bahawa ia sedang disiasat, ekoran penyiasatan ke atas beberapa eksekutifnya bagi perniagaan orang dalam.

Haitong Securities yang berada pada kedudukan kedua juga menghentikan dagangan sahamnya di Shanghai dan Hong Kong, ‘sementara menunggu pengumuman yang mungkin terbentuk dalam maklumat.

Penganalisis Philip Securities Chen Xingyu memberitahu AFP bahawa “Alasan terbesar bagi kejatuhan mendadak hari ini ialah kerana penyiasatan pihak pengawal atur ke atas broker terkemuka. Ia telah mencetuskan penjualan lebih luas.”

Selepas melonjak 150 peratus dalam tempoh setahun, bursa-bursa Shanghai dan Shenzhen menjunam pada bulan Jun, jatuh hampir 40 peratus di sebalik campur tangan besar-besaran pihak berkuasa.

ARTIKEL YANG SAMA