Saham China jatuh

Saham China jatuh

SHANGHAI, 12 Jun (AFP) – Pelabur kecil-kecilan Tracy Li kerugian lebih daripada $3,000 daripada gajinya ketika bekerja di sebuah bank selepas pasaran saham China jatuh pada musim panas lalu, menghapus bertrilion-trilion dolar dalam penilaian dalam masa beberapa hari sahaja.

Setahun kemudian, dan beliau telah gagal dua kali, mempertaruh campur tangan kerajaan untuk merangsang pasaran selepas krisis akan menjamin hasil pulangan yang baik.

“Semua orang berkata pasaran mulai berpulih,” beritahunya kepada AFP. “Saya membeli saham yang dicadangkan oleh kawan kepada saya, namun sekarang saya telah kerugian 35 peratus daripada pelaburan saya pada tahun ini.”

Kisahnya adalah tidak berbeza daripada berjuta-juta pelabur persendirian lain yang melihat wang simpanan mereka lesap sepanjang tempoh satu tahun apabila kerajaan berusaha merangsang pasaran yang terjejas.

Meskipun usaha terbaik Beijing, harga saham masih berada dalam keadaan lembap, dengan agenda pembaharuan ditangguhkan.

Hari ini menandakan ulang tahun pertama krisis meletus, apabila pasaran saham Shanghai – setelah berkembang dalam 12 bulan sebelumnya – mulai merosot 40 peratus.

Indeks Komposit Shanghai meningkat lebih daripada 150 peratus pada tahun sehingga 12 Jun 2015, mencecah kemuncak pada 5,166.35 tatkala kerajaan melonggarkan had ke atas perniagaan dengan wang yang dipinjam dan menggalak pembelian dengan komentar positif dalam media yang dikawal oleh kerajaan.

Keadaan tersebut telah dirangsang oleh kawalan kerajaan yang longgar dan pelabur yang mencari keuntungan segera, dalam apa yang dikatakan oleh penganalisis merupakan pengajaran dalam risiko kerana berusaha menggunakan dasar untuk menentang kuasa pasaran.

Apabila krisis berlaku, ia memusnahkan kekayaan, mencetuskan jaminan keluar kerajaan yang mahal dan menjejas teruk sentimen pelabur.

Namun pengajaran sukar masih bakal dialami.