Saham China jatuh selepas minyak turun

Saham China jatuh selepas minyak turun

SHANGHAI, 26 Jan – Saham China merosot hari ini selepas harga minyak menurun sekali lagi, menimbulkan kebimbangan mengenai pertumbuhan global dan mendorong penjualan dalam ekuiti global.

Indeks Komposit Shanghai merosot 2.7 peratus dalam perniagaan tengah hari, sementara indeks syarikat disenarai terbesar di Shanghai dan Shenzhen CS1300 merosot 2.2 peratus.

Selepas pemulihan pada Jumaat dan awal semalam, harga minyak mentah merosot di bawah $30 satu tong, tidak jauh daripada tahap rendah 12-tahun pada minggu lalu, menamatkan pemerolehan untuk saham Wall Street selama beberapa hari.

Pasaran saham China telah meleset kira-kira 18 peratus setakat ini pada tahun ini disebabkan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dan kekeliruan mengenai dasar tukaran asing bank pusat.

Skrin menunjukkan maklumat saham dilihat pada sebuah bursa saham di Nanjing, wilayah Jiangsu. – Reuters
Skrin menunjukkan maklumat saham dilihat pada sebuah bursa saham di Nanjing, wilayah Jiangsu. – Reuters

Ramai pelabur telah kehilangan minat dalam pasaran selepas keadaan turun naik sejak musim panas lalu, apabila saham merosot 40 peratus. Beijing campur tangan untuk membendung krisis dan merancang pemulihan, tetapi sesiapa yang tersilap dan menganggap ia mencecah keadaan paling teruk dan membeli akan mengalami kerugian sekali lagi pada Januari.

“Pasaran masih mencecah tahap rendah, walaupun kadar kemerosotan semakin perlahan,” kata Chang Chengwei, penganalisis di firma pembrokeran Hengtai Futures.

“Jumlah semakin berkurangan kerana tidak terdapatnya aliran masuk baru, dan proses pembelian masih berterusan.”

Pinjaman margin China yang masih belum dijelaskan wang yang dipinjam oleh pelabur untuk membeli saham merosot untuk sesi ke-16 berturut-turut sehingga 22 Januari, tempoh kerugian paling lama yang dicatat, dengan pertaruhan bernilai 200 bilion yuan tidak bergerak dalam tempoh tersebut. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA