Saham China jatuh

Saham China jatuh

SHANGHAI, 11 Dis (Reuters) – Saham China berakhir pada tahap rendah dua minggu hari ini, dengan yuan merosot dan masalah di konglomerat Kumpulan Fosun menjejaskan sentimen pelabur.

Majalah kewangan Caixin pada lewat semalam memetik sumber yang tidak dikenal pasti sebagai berkata pengasas jutawan Kumpulan Fosun itu tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. Berita itu berpotensi menjejas sejumlah besar entiti yang disenarai dalam kumpulan.

Pasaran juga dibebani oleh kelompok tawaran awam baru yang memulakan langganan mulai hari ini.

Indeks syarikat disenarai terbesar CSI300 di Shanghai dan Shenzhen meroost 0.4 peratus, kepada 3,608.06, sementara Indeks Komposit Shanghai kerugian 0.6 peratus, kepada 3,434.58 mata.

Untuk minggu itu, CSI300 merosot 1.9 peratus sementara SSEC merosot 2.6 peratus.

Gambar fail yang diambil pada 29 Jun menunjukkan pengerusi syarikat pelaburan Fosun China, Guo Guangchang ketika melawat Butik Club Med Champs-Elysees. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 29 Jun menunjukkan pengerusi syarikat pelaburan Fosun China, Guo Guangchang ketika melawat Butik Club Med Champs-Elysees. – AFP

Pelabur, telahpun berhati-hati sebelum kenaikan kadar AS pada minggu depan, bimbang mengenai kelemahan selanjutnya dalam mata wang China, yang mencecah tahap paling rendahnya berbanding dolar dalam hampir empat setengah tahun.

“Satu pertambahan kadar AS akan memberi kesan besar ke atas aliran wang keluar daripada pasaran membangun termasuk Hong Kong dan China,” kata Linus Yip, ketua ahli strategi di First Shanghai Securities.

“Juga, jika yuan terus merosot nilainya, ia memberi kesan negatif kepada saham, disebabkan ia bermakna pelabur tidak yakin dengan penyusunan semula ekonomi China.”

Suasana pasaran meningkat seterusnya oleh laporan media mengatakan Guo Guangchang, pengerusi dan pengasas konglomerat China Fosun tidak dapat dihubungi, sekaligus menimbulkan kebimbangan Guo telah menjadi mangsa terbaru siasatan anti-rasuah di China.

Saham sekumpulan syarikat yang disenarai di China yang mempunyai hubungan dengan Fosun, termasuk Kumpulan Farmaseutikal Shanghai Fosun dan Shanghai Guanglian E-commerce Holdings digantung daripada perniagaan pada hari ini, sementara menunggu pengumuman yang mengandungi “maklumat dalaman.”

ARTIKEL YANG SAMA