Saham China terus jatuh

Saham China terus jatuh

BEIJING, 28 Julai (Bernama) – Saham China terus jatuh pada Selasa susulan kerugian sehari terbesar dalam tempoh lapan tahun sejak 2007 pada Isnin dan janji-janji sokongan pengawal selia terhadap pasaran.

Agensi berita Xinhua melaporkan petunjuk pasaran Shanghai Composite Index turun 1.68 peratus untuk ditutup kepada 3,663 mata, manakala Shenzhen Component Index yang lebih kecil jatuh 1.41 peratus untuk ditutup kepada 12,316.78 mata.

ChiNext Index susut 3.78 peratus untuk ditutup kepada 2,581.96 mata, kata agensi berita itu.

Sementara itu, China Daily melaporkan lebih 300 saham jatuh pada had harian 10 peratus pada Selasa, diterajui sektor teknologi dan tenaga.

Terdahulu, Reuters melaporkan saham China menjunam lebih daripada lapan peratus pada Isnin dengan indeks CSI300 syarikat tersenarai terbesar di Shanghai dan Shenzhen jatuh 8.6 peratus kepada 3,818.73, manakala Shanghai Composite Index turun 8.5 peratus kepada 3,725.56 mata.

ARTIKEL YANG SAMA