Saham Jepun, China meningkat

Saham Jepun, China meningkat

BEIIJING, 27 Jun (AFP) – Saham Jepun dan China naik hari ini tetapi pasaran Asia lain merosot dan saham AS nampaknya dibuka lebih rendah tatkala peniaga yang bimbang menanti lebih banyak kesan sampingan daripada pengundian Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Niaga depan pound Britain merosot berbanding dolar dan saham Timur Tengah merosot semalam. Indeks Saudi Tadawul, yang terbesar di Timur Tengah, ditutup 1.1 peratus lebih rendah, tetapi EGX 30 di Mesir melihat kemerosotan sebanyak 5.54 peratus.

Di Wall Street, niaga depan untuk Dow Jones dan indeks 500 Standard and Poor’s merosot 0.3 peratus dalam perniagaan sebelum pasaran pada tengah hari semalam. Pound merosot lebih 2 peratus berbanding dolar.

Saham Jepun meningkat selepas laporan berita berkata Perdana Menteri Shintaro Abe mengarah pegawai kewangan supaya mengambil langkah untuk menstabilkan pasaran kewangan dan mata wang.

Nikkei 225 di Tokyo meningkat 2.4 peratus kepada 15,312.87, berpulih daripada kemerosotan 7.9 peratus pada Jumaat, yang terbesar sejak krisis kewangan 2008. Indeks Komposit Shanghai me-ningkat 1.2 peratus kepada 2,887.94 dan S&P-ASX 200 di Sydney menambah 0.4 peratus kepada 5,134.20.

Hang Seng di Hong Kong merosot 0.5 peratus kepada 20,164.00 dam Kospi di Seoul kerugian 0.1 peratus kepada 1,923.63. Sensex India berkurangan 0.1 peratus kepada 26,372.98 dan saham di Singapura, Filipina dan Indonesia juga merosot.

Keputusan mengejutkan referendum Britain mencetuskan kemerosotan pasaran pada Jumaat yang menghapus nilai saham berjumlah $2.1 trilion dari Hong Kong ke London ke New York.

Peniaga sedang memerhati lebih banyak kejutan lanjutan tatkala pemimpin EU lain mendesak London supaya memulakan proses kompleks untuk meninggalkan 28 negara blok perniagaan itu. Perdana Menteri David Cameron mahu menunggu beberapa bulan.