Saham Jepun, dolar meningkat

Saham Jepun, dolar meningkat

HONG KONG, 29 Ogos – Saham Jepun berpulih disebabkan yen yang lebih lemah tetapi pasaran Asia lain merosot hari ini selepas ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen memberi petunjuk pada satu kenaikan kadar AS pada akhir tahun.

Dalam ucapan yang dinanti-nantikan pada Jumaat, Yellen berkata satu pemulihan dalam ekonomi teratas dunia dan satu peningkatan dalam pasaran pekerjaan bermakna “kes untuk pertambahan dalam kadar dana persekutuan telah bertambah kukuh dalam beberapa bulan ini.”

Sementara timbulnya spekulasi bahawa kadar mungkin meningkat seawalnya pada bulan depan, kebanyakan pakar berkata ia tidak mungkin berlaku dan bukan Disember atau Februari merupakan pertaruhan yang lebih selamat.

Yellen tidak memberikan jadual masa dalam ucapan beliau pada simposium tahunan pengurus bank pusat Jackson Hole, tetapi naib pengerusi Persekutuan Stanley Fischer berkata September merupakan satu kemungkinan.

Jabatan pekerja dijangka mengeluarkan angka pekerjaan pada Jumaat.

Seorang lelaki berjalan melintasi papan saham elektronik di Tokyo, Isnin semalam. Saham Jepun pulih disebabkan yen yang lebih lemah tetapi pasaran Asia lain merosot hari ini selepas ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen memberi petunjuk pada satu kenaikan kadar AS pada akhir tahun. - AP
Seorang lelaki berjalan melintasi papan saham elektronik di Tokyo, Isnin semalam. Saham Jepun pulih disebabkan yen yang lebih lemah tetapi pasaran Asia lain merosot hari ini selepas ketua Simpanan Persekutuan Janet Yellen memberi petunjuk pada satu kenaikan kadar AS pada akhir tahun. – AP

Jangkaan untuk satu kenaikan menyebabkan dolar meningkat di New York, dan ia melanjutkan pemerolehan hari ini.

Dolar menambah pemerolehannya hari ini. Dalam satu ucapan pada Jumaat pada simposium pengurus bank pusat Jackson Hole, Yellen berkata kes kenaikan kadar AS telah “meningkat,” sekali gus merangsang dolar.

Namun beliau tidak memberi isyarat jelas mengenai masa peningkatan, meninggalkan pasaran dalam keadaan tidak pasti sekali lagi mengenai bila bank pusat AS akan bertindak, kata penganalisis.

Peniaga sedang menunggu data senarai gaji bukan perladangan pada minggu ini, dengan bacaan kukuh dijangka menyokong kes bahawa ekonomi teratas dunia boleh bertahan satu pertambahan dalam kos pinjaman, kemungkinan pada tahun ini.

Dolar naik kepada 102.16 yen pada hari ini di Tokyo daripada 101.77 di New York dan 100.48 yen di Tokyo pada awal Jumaat.

Unit AS meningkat 0.9 peratus berbanding won Korea Selatan dan 0.7 peratus berbanding ringgit Malaysia, sementara ia juga meningkat untuk dolar Taiwan dan Singapura, peso Filipina dan rupiah Indonesia.

Euro bertambah kepada AS$1.1200 dan 114.43 yen daripada AS$1.1195 dan 113.94 yen dalam perniagaan AS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA