Saham Jepun merosot

Saham Jepun merosot

HONG KONG, 13 Jun (AFP) – Saham Jepun mendorong kemerosotan di pasaran Asia hari ini, menjejaki satu penjualan di AS dan Eropah disebabkan kebimbangan baru mengenai ekonomi global dan ketidakpastian mengenai masa depan Eropah dalam Kesatuan Eropah.

Pelabur melanjutkan penjualan yang melihat saham merosot pada akhir minggu lalu disebabkan kebimbangan bahawa simpanan bank pusat sedang kehabisan dalam usaha mereka untuk memulakan pertumbuhan.

Dengan referendum pada minggu depan mengenai sama ada Britain harus kekal dalam EU seperti telur di hujung tanduk, penganalisis berkata peniaga sedang bergegas untuk mengambil pelaburan yang selamat seperti yen.

“Pasaran benci ketidakpastian,” beritahu Yoshinori Ogawa, ahli strategi pasaran di Okasan Securities Co di Tokyo, kepada Bloomberg News.

“Kebanyakan peserta pasaran memikirkan bahawa UK mungkin akan tertinggal, tetapi kami sedang melihat beberapa keputusan pengundian yang menunjukkan mereka yang akan mengundi untuk meninggalkan EU melebihi pihak yang akan ‘kekal dalam EU,’ dan ia membuat pelabur tidak pasti.”