Saham KL kekal tinggi

Saham KL kekal tinggi

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) – Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan sentimen positif mendapat rangsangan daripada momentum belian dalam kaunter wajaran tinggi, kata para peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.68 untuk ditutup kepada 1,719.23 daripada 1,710.55 pada penutup Jumaat minggu lepas. Indeks tersebut bergerak antara 1,709.00 dan 1,720.10 sepanjang sesi selepas dibuka rendah 1.23 mata kepada 1,709.00. Pasaran menyaksikan 359 kaunter untung berbanding 277 kaunter rugi, manakala 336 kaunter kekal tidak berubah, 728 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 777.47 juta saham bernilai RM598.56 juta.

Hong Leong Investment Bank Research dalam notanya hari ini berkata pada minggu depan, para peniaga akan terus menumpukan kepada petunjuk berkaitan dengan kenaikan kadar seterusnya Rizab Persekutuan dengan pengumuman beberapa data ekonomi utama termasuk imbangan perdagangan AS.

ARTIKEL YANG SAMA