Saham, mata wang Asia pulih

Saham, mata wang Asia pulih

HONG KONG, 20 Nov (AFP) – Saham Asia dan mata wang pasaran membangun pulih semalam selepas minit daripada Simpanan Persekutuan menunjukkan keyakinan yang meningkat dalam ekonomi AS, sekali gus menambah peluang mengenai satu kenaikan kadar faedah pada Disember.

‘Kebanyakan peserta’ pada dasar Oktober bank pu-at AS menjangka keadaan adalah sesuai menjelang mesyuarat akan datang, setelah membuang kebimbangan mereka mengenai ekonomi global dan krisis pasaran baru-baru ini, menurut minit.

Ketua Persekutuan Janet Yellen berkata pada awal tahun bahawa beliau menjangka satu pertambahan pada tahun 2016 tetapi satu kenaikan ditangguhkan beberapa kali pada musim panas ketika pasaran dunia dibelenggu kebimbangan mengenai China dan prospek global.

Namun beberapa siri angka yang keluar dari Washington baru-baru ini – terutamanya mengenai pertumbuhan pekerjaan dan kenaikan harga – ditambah oleh urus niaga yang meningkat di pasaran ekuiti, telah menyemarak semula keyakinan di Persekutuan untuk menambah kadar untuk kali pertama dalam sembilan tahun.

Juga, beberapa penggubal dasar Persekutuan bimbang, setelah membina jangkaan mengenai satu kenaikan untuk tempoh yang lama, tidak bertindak akan menghantar satu mesej yang membimbangkan dan menghakis kredibiliti bank.

Menangguh satu kenaikan ‘mungkin menambah keadaan yang tidak pasti dalam pasaran kewangan dan membesar-besarkan kepentingan untuk memulakan proses pemulihan dasar,’ kata minit.

ARTIKEL YANG SAMA