Saham Mitsubishi merosot lagi

Saham Mitsubishi merosot lagi

TOKYO, 21 April – Saham Mitsubishi Motors merosot sekali lagi hari ini tatkala penjualan panik menghapus kira-kira AS$2.5 bilion daripada nilai pasaran pengeluar kereta itu dalam dua sesi sahaja selepas pengakuan mengejutkan bahawa ia menipu dalam ujian penjimatan minyak. Saham merosot kepada 583 yen, merosot 20 peratus, selepas kehilangan 15 peratus semalam apabila berita pertama meletus.

Kemerosotan hari ini keluar tatkala pegawai kementerian pengangkutan Jepun mengunjungi pusat penyelidikan dan pembangunan syarikat di bandar Nagoya, dalam satu petanda kerajaan mungkin mengenakan syarikat itu dengan denda banyak disebabkan skandal berkenaan, kata media tempatan.

“Ia telah menjejas kepercayaan pengguna dan ia tidak akan diterima,” kata jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga hari ini. “Ia adalah isu yang amat serius.” Mitsubishi mengakui semalam pekerja tanpa nama menipu ujian untuk menjadikan sesetengah keretanya kelihatan seolah-olah lebih menjimatkan minyak daripada yang sebenarnya.

Ia berkata ia akan menghentikan pengeluaran dan jualan model kenderaan yang terjejas – kereta mini yang dijual di Jepun termasuk beberapa yang dikeluarkan untuk Nissan – dan mengingatkan jumlah kereta yang terbbait dalam skandal mungkin meningkat.

Pendedahan memalukan itu didahului oleh skandal penipuan pencemaran di Volkswagen yang meletus pada September dan masih cuba diatasi oleh syarikat Jerman itu.

Eksekutif tertinggi Mitsubishi mengaku semalam krisis tersebut akan menjejas keuntungan pengeluar kereta, tatkala ia memperluaskan siasatannya kepada kereta yang dijualnya di luar negara.

“Ia bukan masalah yang mudah dan kami memerlukan masa” untuk menilai kesannya, beritahu presiden Mitsubishi Tetsuro Aikawa pada satu taklimat media. “Namun saya pasti timbulnya kesan. Kesannya adalah besar.” – AFP