Saham Nintendo meningkat

Saham Nintendo meningkat

TOKYO, 16 Nov – Saham Nintendo meningkat lebih daripada lima peratus hari ini selepas syarikat permainan itu berkata ia akan melancarkan aplikasi Super Mario untuk iPhone pada bulan depan.

Harga saham meningkat 5.5 peratus kepada 26,215 yen sebelum mengakhiri sesi pagi di Bursa Saham Tokyo naik 4.38 peratus pada 25,950 yen. Saham dalam Nintendo, pencipta francais Pokemon, telah meningkat sejak pengeluaran Pokemon Go pada Julai – menjadikan syarikat lebih berharga daripada Sony pada satu peringkat.

Saham itu meningkat lebih daripada 50 peratus pada tahun ini berikutan kejayaan besar aplikasi peranti iOS dan Android yang dikeluarkan oleh Niantic di San Francisco.

Nintendo yang berpangkalan di Kyoto berkata ia akan mengeluarkan Super Mario Run di seluruh dunia untuk iPhone dan iPad Apple pada 15 Disember.

Gambar fail 8 September 2016 menunjukkan logo gergasi permainan Jepun, Nintendo dan watak permainannya Super Mario yang dipamerkan di bilik pameran di Tokyo. – AFP
Gambar fail 8 September 2016 menunjukkan logo gergasi permainan Jepun, Nintendo dan watak permainannya Super Mario yang dipamerkan di bilik pameran di Tokyo. – AFP

Pelanggan boleh memuat turunnya daripada App Store secara percuma untuk mencuba beberapa elemen permainan yang terhad. Satu bayaran beropsyen, yang berharga AS$9.99 di Amerika Syarikat, memberikan kemasukan yang tidak terhad, kata syarikat.

Neil Campling, penganalisis di Northern Trust Capital Markets, mengalu-alu pendekatan syarikat yang menarik pemain dalam cara yang sama dengan kejayaan permainan peranti lain sebagai “satu strategi yang hebat.’

“Untuk menetapkan insentif rendah dan seterusnya jumlah kos rendah mungkin menempatkan Nintendo pada haluan berlainan, yang akhirnya mungkin menjadi pengubah permainan,” kata Campling. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA