Saham pasaran baharu muncul meningkat

Saham pasaran baharu muncul meningkat

LONDON, 8 Jun – Pasaran ekuiti baharu muncul meningkat ke paras tinggi dalam tempoh sebulan hari ini, peningkatan kali kelima berturut-turut selepas perangkaan import China yang lebih baik.

Indeks penanda aras MSCI pasaran baharu muncul naik sekitar 0.4 peratus kerana perangkaan import menunjukkan kemajuan dalam permintaan domestik China dan mengukuhkan pandangan ekonomi negara itu stabil secara perlahan.

Import minyak mentah China pada Mei meningkat hampir dalam tempoh enam tahun, import bijih besi melonjak pada paras tinggi sejak Disember dan pembelian tembaga meningkat lebih 19 peratus.

Ia membantu melonjakkan harga komoditi, dengan minyak meningkat melepasi paras AS$51 setong untuk mencecah paras tinggi dalam tempoh lapan bulan.

Saham China jatuh 0.4 peratus di tengah-tengah jumlah dagangan yang rendah menjelang cuti hujung minggu yang panjang. Indeks Hang Seng jatuh 0.14 peratus atau 30.36 mata kepada 21,297.88.

Indeks Komposit Shanghai jatuh 0.30 peratus atau 8.88 mata kepada 2,927.16.

Namun, pasaran saham Asia lain meningkat, dengan Korea meningkat 0.8 peratus untuk ditutup pada paras tingginya tahun ini, sementara Taiwan naik 0.4 peratus.

Pasaran baharu muncul di eropah, saham Prague jatuh 2.5 peratus, diterajui kejatuhan 6.5 peratus dalam saham mewah, CEZ selepas saham utiliti itu didagangkan buat pertama kali tanpa hak terhadap dividen.

Saham Budapest pula meningkat ke paras tinggi dalam tempoh lapan tahun. – Agensi/AFP

ARTIKEL YANG SAMA