Saham pertama Line meningkat

Saham pertama Line meningkat

TOKYO, 15 Julai – Aplikasi pesanan ringkas, Line meningkat dalam kemunculan sulung dalam dagangan Tokyo hari ini selepas lonjakan mengejutkan di New York, ketika para pelabur bergembira dengan jualan saham teknologi terbesar tahun ini.

Saham yang baru disenaraikan ditutup pada 4,345 yen, meningkat 32 peratus dari harga tawaran umum pada awalnya, iaitu 3,300 yen dan menilai firma itu pada kira-kira AS$8.6 bilion.

Lonjakan itu menyusuli kejayaan saham baru Line Jepun di New York, yang mana dagangannya bermula semalam selepas IPO AS$1.3 bilion.

Dua penyenaraian panas itu menunjukkan para pelabur bertaruh Line boleh bertahan sendiri dalam bidang yang penuh dengan perkhidmatan pesanan telefon bimbit seperti Facebook, Messenger, WeChat dan WhatsApp.

Tetapi syarikat itu, yang tumbuh dari bencana tsunami gempa bumi Jepun 2011, mungkin berdepan cabaran yang mengembangkan popularitinya di luar Asia dan sebilangan pasaran berbahasa Sepanyol, menurut para penganalisis.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif Line Corp., Takeshi Idezawa membunyikan loceng semasa majlis penyenaraian syarikat itu dalam Bursa Saham Tokyo pada 15 Julai. – AFP
Presiden dan ketua pegawai eksekutif Line Corp., Takeshi Idezawa membunyikan loceng semasa majlis penyenaraian syarikat itu dalam Bursa Saham Tokyo pada 15 Julai. – AFP

“Para pelabur memberikan Line markah tinggi bagi potensi pertumbuhannya dan IPO seharusnya mengukuhkan pengiktirafan namanya,” kata Hideki Yasuda, penganalisis Institusi Penyelidikan Ace di Tokyo.

“Tetapi Line telah pun memiliki bilangan ramai para pengguna dan saya berpendapat akan sukar bagi mereka untuk menambahnya.”

“Apa yang menjadi tumpuan para pelabur sekarang ialah apakah yang akan dilakukan oleh Line dengan bilangan ramai pengguna untuk mengembangkan pertumbuhannya menerusi hasil pengiklanan, misalnya.”

Line, yang dimiliki oleh Naver Corp, Korea Selatan, membuat kemunculan semalaman di New York yang mana sahamnya melonjak kira-kira 27 peratus oleh penutupan.

Line telah menjual 35 juta saham keseluruhannya, – kira-kira dua pertiga di AS – dan berkata ia akan mengamalkan pilihan untuk lima juta lagi saham, dengan menekankan permintaan kukuh bagi tawaran. – AFP