Saham Shanghai naik lebih dua peratus

Saham Shanghai naik lebih dua peratus

SHANGHAI, 14 Dis (Reuters) – Saham Shanghai meningkat lebih daripada dua peratus hari ini dalam sesi terbaik mereka dalam sebulan, tatkala aktiviti kilang yang lebih kukuh daripada dijangka pada November mempertingkat sentimen tanpa memusnahkan harapan mengenai perangsang baru.

Namun saham yang dikaitkan dengan konglomerat China Kumpulan Fosun merosot, tatkala pelabur diberikan peluang pertama mereka untuk bertindak balas kepada berita mengatakan pengerusi Fosun sedang membantu pihak berkuasa dengan satu siasatan.

Mengatasi krisis pada awal pagi, Indeks Komposit Shanghai menamatkan sesi 2.5 peratus lebih tinggi, pada 3,520.67 mata, mencatat prestasi terbaiknya sejak 4 November.

Indeks cip biru CS1300 meningkat 2.9 peratus, kepada 3,711.32.

ARTIKEL YANG SAMA