Saham Suzuki merosot

Saham Suzuki merosot

TOKYO, 18 Mei (AFP) – Saham Suzuki merosot hari ini berdasarkan laporan mengatakan ia mungkin telah menggunakan ujian penjimatan minyak yang tidak betul, berita buruk terbaru untuk industri kereta global yang dibelenggu oleh skandal mengenai kerosakan dan penipuan pengeluaran.

Pelabur menekan butang penjualan di bursa saham pengeluar kereta yang disenarai di Tokyo yang merosot sebanyak 15 peratus dalam perniagaan pada tengah hari. Ia ditutup 9.4 peratus lebih rendah pada 2,613 yen.

Berita Suzuki keluar selepas pengeluar kereta Jepun Mitsubishi dilanda pendedahan penipuan penjimatan minyak dan Volkswagen di Jerman bergelut untuk mengatasi skandal penipuan pengeluaran di seluruh dunia.

Syarikat alat ganti kereta yang berpangkalan di Tokyo, Takata, juga telah dikenakan tindakan guaman dan siasatan pengatur disebabkan dakwaan ia telah menyembunyi kerosakan beg udara yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 13 kematian dan berpuluh kecederaan di dunia.

ARTIKEL YANG SAMA