Saham Tokyo berakhir rendah

TOKYO, 13 Feb – Saham Tokyo ditutup pada tahap rendah dalam masa empat bulan hari ini disebabkan pemerolehan keuntungan serta mata wang yen yang kukuh, melepaskan pemulihan awal tatkala pelabur masih berwaspada meskipun pemerolehan selama dua hari di Wall Street.

Indeks Nikkei 225 merosot 0.65 peratus atau 137.94 mata, kepada 21,244.68, sementara indeks Topix merosot 0.88 peratus atau 15.19 mata, pada 1,716.78.

Nikkei telah memulakan perniagaan dengan positif, menjejaki saham Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pembelian tawar-menawar kemerosotan pada minggu lalu.

Wall Street telah menerima tekanan sejak satu laporan pekerjaan yang kukuh pada awal bulan, mencetuskan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan akan mempercepat kenaikan kadar faedah untuk menangkis inflasi.

Namun indeks Tokyo merosot kepada julat negatif dalam perniagaan tengah hari disebabkan pemerolehan keuntungan.

Seorang lelaki berjalan di hadapan skrin petunjuk saham di Pertukaran Saham Tokyo di Jepun pada 9 Februari 2018. Saham Tokyo ditutup pada tahap rendah dalam masa empat bulan pada kelmarin disebabkan pemerolehan keuntungan serta mata wang yen yang kukuh. – AFP

“Sesetengah pelabur mengambil kesempatan ke atas pemerolehan awal dalam perniagaan lewat, yang membuktikan pelabur masih waspada meskipun pemerolehan di Wall Street,” beritahu Hikaru Sato, penganalisis teknikal di Saiwa Securities, kepada AFP.

Mata wang yen yang kukuh juga menyuramkan sentimen pasaran, tambah Sato.

Dolar diniagakan pada 108.09 yen berbanding 108.64 yen di New York dan pakar mengingatkan ketidakstabilan mungkin akan berterusan.

“Pasaran saham Jepun akan menghadapi pergerakan harga yang besar pada minggu ini juga,” kata Okasan Online Securities.

“Pasaran akan mengalami beberapa pusingan lagi sehingga ketidakstabilan reda,” katanya.

Bank kehilangan pemerolehan awal tatkala Mizuho ditutup 0.91 peratus lebih rendah pada 195.9 yen dengan Mitsubishi UFJ Financial merosot 1.46 peratus pada 767.4 yen.

Fujifilm merosot 3.22 peratus kepada 4,316 yen selepas media melaporkan pelabur aktivis Carl Icahn membantah satu cadangan pengambilalihan Xerox.

Kumpulan teknologi Jepun itu mengumumkan pada bulan lalu ia akan menggabung Fuji Xerox dengan syarikat gergasi AS Xerox, menempatkan kedua-dua syarikat di bawah naungannya untuk mewujudkan apa yang dikatakannya ‘syarikat penyelesaian dokumen’ terbesar berdasarkan pendapatan.

Sony merosot 1.44 peratus kepada 5,099 yen dan Toyota merosot 2.53 peratus kepada 7,276 yen. – AFP