Saham Tokyo ditutup lebih tinggi

Saham Tokyo ditutup lebih tinggi

TOKYO, 14 Mac (AFP) – Saham Tokyo ditutup lebih tinggi hari ini, melanjutkan pemulihan global tatkala data positif Jepun merangsang sentimen dengan mesyuarat dasar terbaru Bank Jepun menjadi tumpuan.

Tempahan jentera Jepun, petunjuk utama untuk ekonomi – meningkat 15.0 peratus pada Januari, menawarkan sedikit berita baik untuk ekonomi meleset.

Angka tersebut mungkin menjejas keputusan Bank Jepun mengenai sama ada membawa perangsang baru selepas ia mengakhiri mesyuaratnya esok.

Pada Januari, bank pusat Jepun mengejutkan pasaran dengan tindakan terhadap kadar faedah negatif, namun ia dikecam sebagai satu percubaan terdesak untuk merangsang bidaan Tokyo untuk melancarkan pertumbuhan.

“Keputusan tempahan jentera harus merangsang saham,” kata ahli strategi ekuiti Nomura Masaaki Yamaguchi.

“Ia bukan satu petunjuk yang menggerakkan pasaran, tetapi kami sedang menuju ke arah dasar yang lebih berisiko, maka ia dapat membantu,” kata beliau.

Pada satu tahap, indeks Nikkei 225 meningkat 1.74 peratus, atau 294.88 mata, kepada 17,233.75, sementara indeks semua saham bahagian pertama Topix meningkat 1.52 peratus, atau 20.63 mata, untuk berakhir pada 1,379.95.

Di pasaran mata wang, dolar bertukar tangan pada 113.76 yen, berbanding 113.45 yen dalam perniagaan AS.

ARTIKEL YANG SAMA