Saham Tokyo meningkat lebih tinggi

Saham Tokyo meningkat lebih tinggi

TOKYO, 24 Ogos – Saham Tokyo berakhir lebih tinggi hari ini dengan pasaran di-pimpin oleh pemerolehan kukuh di kalangan pengeluar kereta termasuk Toyota dan Nissan.

Pelabur sedang menunggu satu ucapan daripada ketua bank pusat AS Janet Yellen pada symposium pengurus bank pusat global Jackson Hole pada Jumaat, berharap beliau akan mendedahkan haluan dasar mata wang AS.

Pasaran mendapat sokongan daripada perniagaan foreks, di mana dolar meningkat kepada 100.38 yen daripada 100.23 yen di New York semalam. Yen yang lebih lemah merupakan satu kelebihan untuk pengeksport Jepun kerana ia menambah keuntungan luar negara mereka.

Namun perniagaan saham Tokyo adalah tipis dengan kebanyakan pelabur tidak ada kerana cuti musim panas.

“Kami tidak mempunyai ramai pelabur pada akhir musim panas dan kami juga sedang menunggu ucapan Yellen di Jackson Hole, maka ramai yang tidak mahu mengambil kedudukan di pasaran,” beritahu Kiyoshi Ishigane, ketua ahli strategi di Pengurusan Aset Mitsubishi UFJ Kokusai, kepada Bloomberg News.

Bursa saham Tokyo menunjukkan pening-katan yang lebih tinggi semalam berikutan dengan pengukuhan pasaran pengeluar kereta termasuk Toyota dan Nissan. – AFP
Bursa saham Tokyo menunjukkan pening-katan yang lebih tinggi semalam berikutan dengan pengukuhan pasaran pengeluar kereta termasuk Toyota dan Nissan. – AFP

Pada akhir perniagaan, indeks Nikkei 225 naik 0.61 peratus, atau 99.94 mata, pada 16,597.30, berpulih daripada kemerosotan pada hari sebelumnya.

Indeks Topix semua saham bahagian pertama meningkat 0.71 peratus, atau 9.15 mata, kepada 1,306.71.

Peniaga nampaknya tidak risau dengan pelancaran peluru berpandu Korea Utara pada awal pagi ini.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berkata pelancaran peluru berpandu pada hari ini melanggar Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) negaranya dan mengecam apa yang digelarnya “perbuatan yang tidak dapat dimaafkan, cuai” dan ancaman serius kepada keselamatan Jepun.

Tokyo naik 2.05 peratus untuk berakhir pada 6.120 yen, sementara Nissan meningkat 2.71 peratus pada 972.2 yen. – AFP