Saham Tokyo merosot tahap rendah

Saham Tokyo merosot tahap rendah

TOKYO, 12 Jan (AFP) – Saham Tokyo merosot hari ini kepada tahap paling rendah mereka sejak akhir September, terjejas oleh yen yang kukuh tatkala peniaga pulang daripada cuti am untuk mengejar satu lagi penjualan serantau.

Indeks Nikkei 225 melanjutkan kerugian daripada minggu lalu, menghapus lebih banyak daripada pemerolehan yang dicatatnya pada tahun lalu, tatkala harga minyak merosot membebani saham yang dikaitkan dengan tenaga.

Pasaran cip biru – di antara indeks paling baik pada 2015 – memulakan tahun 2016 dengan enam kerugian berturut-turut untuk kali pertama selepas satu penjualan ekuiti China mencetuskan kebimbangan di seluruh lantai perdagangan dewan niaga global.

Seorang lelaki berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara di luar sebuah broker di Tokyo. – Reuters
Seorang lelaki berjalan melepasi papan elektronik yang menunjukkan indeks pasaran saham dari pelbagai negara di luar sebuah broker di Tokyo. – Reuters

“Pelabur sedang menyoal bila mata wang yuan yang lemah dan kejatuhan dalam saham China akan berhenti dan kebimbangan mengenai ekonomi China memburukkan lagi sentimen pasaran,” beritahu Toshihiko Matsuno, ketua ahli strategi di SMBC Friend Securities Co, kepada Bloomberg News sejurus sebelum pasaran dibuka hari ini.

Nikkei merosot 2.71 peratus, atau 479.00 mata, kepada 17,218.96, sementara indeks Topix kesemua saham bahagian-pertama kerugian 3.13 peratus, atau 45.37 mata, kepada 1,401.95.

Shanghai kerugian 5.3 peratus semalam manakala Wall Street berakhir dengan pemerolehan sederhana.

ARTIKEL YANG SAMA