Saham Tokyo merosot

Saham Tokyo merosot

TOKYO, 9 Mac (AFP) – Saham Tokyo merosot untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini tatkala data perniagaan China yang mengecewakan mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan global, dengan pengeluar kereta utama Toyota dan Nissan merosot dalam julat negatif.

Pasaran Jepun merosot pada mulanya, menyusuli Wall Street dan bursa Eropah, di mana penjualan didorong oleh satu lagi kemelesetan dalam eksport China, mencetuskan kebimbangan baru mengenai ekonomi nombor dua dunia, penjana utama pertumbuhan global.

Pengeksport di Tokyo terjejas tatkala pelabur membeli yen, yang dilihat sebagai satu pertaruhan selamat ketika krisis. Yen yang kukuh adalah teruk untuk keuntungan firma Jepun yang beroperasi di luar negara.

Pada akhir perniagaan, indeks Nikkei 225 merosot 0.84 peratus, atau 140.95 mata, kepada 16,642.20, sementara indeks Topix semua saham bahagian pertama kerugian 1.14 peratus, atau 15.39 mata, kepada 1,332.33.

Eksport China merosot lebih daripada 25 peratus pada Februari, manakala import adalah 14 peratus lebih rendah, data kerajaan menunjukkan.

“Data perniagaan China telah menjadi pusat seismik untuk kebimbangan mengenai ekonomi global,” beritahu Chihiro Ohta, pengurus besar maklumat pelaburan di SMBC Nikko Securities, kepada Bloomberg News.

Saham yang dikaitkan dengan petroleum merosot selepas harga minyak melanjutkan kemerosotan semalam disebabkan kebimbangan mengenai bekalan berlebihan global. Peninjau tenaga Inpex merosot 2.60 peratus kepada 919.1 yen, sementara JX Holdings merosot 1.53 peratus kepada 456.6 yen.

Pengeluar mesin salin dan kamera Canon meningkat 0.87 peratus kepada 3,326 yen selepas akhbar perniagaan Nikkei berkata ia adalah pembida utama untuk unit perubatan Toshiba dengan satu tawaran berjumlah lebih 700 bilion yen. Toshiba merosot 2.25 peratus untuk ditutup pada 203.6 yen.

ARTIKEL YANG SAMA