Saham Tokyo naik, Fujitsu gabung unit PC

Saham Tokyo naik, Fujitsu gabung unit PC

TOKYO, 6 Okt – Saham Tokyo ditutup lebih tinggi untuk sesi keempat berturut-turut hari ini tatkala yen yang lebih lemah merangsang pengeksport sementara Fujitsu meningkat berdasarkan laporan mengatakan ia sedang menimbang untuk menggabung unit PCnya dengan syarikat China Lenovo.

Perjanjian penggabungan itu akan menandakan langkah terbaru daripada sebuah firma Jepun untuk mengeluarkan divisyen bergelut bagi memulihkan kewangan mereka, bersama Toshiba dan Sony antara siri syarikat yang telah menjual aset beberapa tahun kebelakangan.

Pembuat komputer peribadi Jepun telah berusaha untuk meningkatkan perniagaan mereka ketika para pelanggan beralih kepada peranti telefon bimbit untuk memeriksa e-mel atau menggunakan laman web.

Sementara itu, dolar pulih tatkala pelabur melihat data AS yang kukuh dalam sektor perkhidmatan utama apabila semakin banyak bukti menunjukkan ekonomi teratas dunia sudah pulih dan berupaya menyerap kenaikan kadar faedah pada tahun ini.

“Ekonomi AS telah pun berpulih walaupun selepas ia meneruskan dengan satu kenaikan kadar pada Disember lalu,” kata Mitsushige Akino, pegawai eksekutif di Pengurusan Pelaburan Ichiyoshi.

“Daripada sudut pandangan Persekutuan, dua kenaikan kadar mungkin dapat dicapai tetapi mereka belum berupaya menambah kadar disebabkan keadaan pasaran di luar negara.

“Satu kenaikan pada Disember akan berlaku sudah tentunya,” beritahunya kepada Bloomberg News.

Indeks Nikkei 225 di Tokyo memperoleh 0.47 peratus, atau 79.86 mata, untuk ditutup pada 16,899.10, sementara indeks TOPIX saham semua bahagian pertama meningkat 0.45 peratus, atau 6.12 mata, pada 1,353.93.

Dolar meningkat kepada 103.61 yen hari ini daripada 103.53 yen di New York. Ia lebih tinggi daripada tahap kurang daripada 103 yen di Asia awal semalam.

Yen yang lebih lemah adalah positif untuk pengeksport Jepun kerana ia menjadikannya lebih kompetitif di luar negara dan menambah keuntungan.

Fujitsu menambah 5.66 peratus kepada 568.7 yen selepas akhbar perniagaan Nikkei melaporkan ia sedang memikirkan gabungan Lenovo.

Firma itu mengesahkan kemudian bahawa ia sedang menimbang “pelbagai kemungkinan termasuk tindakan yang dilaporkan itu.” Tidak ada keputusan muktamad yang telah diambil mengenai masa depan unit PCnya, tambahnya.

Bank dan pengeluar kereta naik, dengan Toyota menambah 0.73 peratus kepada 6,032 yen dan Kumpulan Kewangan Mizuho meningkat 0.58 peratus pada 173.4 yen.

Saham tenaga naik ekoran satu pemulihan semalam dalam harga minyak. Inpex melonjak 3.42 peratus kepada 950 yen dan Japan Petroleum meningkat 2.52 peratus pada 2,364 yen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA