Saham Tokyo, Shanghai meningkat

Saham Tokyo, Shanghai meningkat

HONG KONG, 25 Mac (AFP) – Saham Shanghai dan Tokyo meningkat dalam perniagaan Asia hari ini, sementara dolar naik dengan desas-desus timbul semula mengenai satu kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Dengan kebanyakan pasaran ditutup untuk cuti Easter, tidak terdapat banyak untuk mendorong pembelian pada akhir minggu yang terjejas oleh serangan keganasan di Brussels pada Selasa.

“Pasaran melihat berkurangnya momentum,” beritahu Kevin Caron, ahli strategi pasaran dan pengurus portfolio yang berpangkalan di New Jersey di Stifel Nicolaus & Co, kepada Bloomberg News.

Di Jepun, pengeksport meningkat dengan yen merosot berbanding dolar tatkala pemulihan global yang dirangsang oleh beberapa siri langkah pelonggaran bank pusat dari Asia hingga Amerika menyuntik perasaan optimistik yang amat diperlukan dalam perniagaan.

Nikkei Jepun berakhir meningkat 0.7 peratus, dengan syarikat gergasi global Toyota, Canon dan Sony antara syarikat yang mencatat prestasi terbaik.

Orang ramai dilihat berada di Bund, hadapan daerah kewangan Pudong di Shanghai, China pada 25 Mac. Saham Shanghai dan Tokyo meningkat dalam perniagaan Asia hari ini, sementara dolar naik dengan desas-desus timbul semula mengenai satu kenaikan kadar faedah di AS. – Reuters
Orang ramai dilihat berada di Bund, hadapan daerah kewangan Pudong di Shanghai, China pada 25 Mac. Saham Shanghai dan Tokyo meningkat dalam perniagaan Asia hari ini, sementara dolar naik dengan desas-desus timbul semula mengenai satu kenaikan kadar faedah di AS. – Reuters

Tidak terdapatnya respons kepada data yang menunjukkan inflasi Jepun masih kekal pada sifar pada Februari untuk bulan kedua berturut-turut.

Dolar, yang pada awal bulan ini merosot selepas Simpanan Persekutuan mengurangkan ramalan pemotongan kadarnya untuk 2016 – meningkat tatkala desas-desus kembali kepada pertambahan pada April atau Jun tatkala penggubal dasar melihat pada prospek yang lebih positif.

Shanghai menambah 0.6 peratus selepas merosot 1.6 peratus semalam. Seoul adalah 0.1 peratus lebih rendah dan Taipei 0.4 peratus kurang.

Kebanyakan pasaran lain termasuk Hong Kong, Sydney dan Wellington ditutup untuk hujung minggu Easter yang lebih lama. Pasaran minyak juga ditutup.

ARTIKEL YANG SAMA