Saham Vanke meningkat

Saham Vanke meningkat

SHANGHAI, 13 Jan – Saham dalam firma harta terbesar China, Vanke, meningkat hari ini selepas ia mengumumkan peralihan pegangan saham yang mungkin mengakhiri usaha oleh konglomerat swasra Baoneng daripada melancarkan pengambilalihan cip biru pertama di negara.

Kepimpinan Vanke selama lebih satu tahun berusaha menangkis usaha Baoneng, yang juga telah mendorong kecaman ‘tidak bertamadun’ daripada kerajaan mengenai usaha pengambilalihan tersebut.

Baoneng sejak tahun 2015 mengumpul 25 peratus saham untuk menjadi pemegang saham terbesar Vanke dalam apa yang telah muncul sebagai satu ujian sejauh mana kemajuan dalam pasaran saham yang tidak berfungsi di China dan dunia korporat sedang memulakan amalan pasaran bebas seperti pengambilalihan cip biru.

Namun Vanke berkata dalam satu kenyataan kepada bursa saham Hong Kong lewat semalam bahawa operator kereta api bawah tanah milik kerajaan China Kumpulan Shenzhen Metro, yang dipercayai bersimpati dengan bos Vanke, akan membeli 15.31 peratus saham dalam firma itu.

Jurnal perniagaan Caixin melaporkan pada hari ini bahawa Kumpulan Metro Shenzhen mungkin membeli 14.07 peratus saham Vanke yang dipegang oleh Guangzhou Evergrande, satu lagi firma harta utama, yang akan memberinya saham yang lebih besar berbanding Baoneng.

Berita Sekuriti Shanghai berkata pembabitan Shenzhen Metro ‘bermakna pertarungan kawalan saham Vanke mengambil langkah besar untuk mencapai penyelesaian’ yang memihak kepada Vanke. Saham Vanke telah turun naik di tengah pertarungan pengambilalihan dan penganalisis berkata petua terbaru membantu menyelesai kekacauan dan perniagaan tanah Vanke boleh mencari rakan simbiotik dalam operator kereta api bawah tanah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA