Saham Westports Holdings tinggi dagangan Jumaat

Saham Westports Holdings tinggi dagangan Jumaat

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) – Saham-saham Westports Holdings Bhd tinggi dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman bahawa syarikat itu akan dimasukkan dalam indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI).

Pada 9.34 pagi, kaunter itu meningkat tiga sen kepada RM4.45 dengan 329,900 saham bertukar tangan.

Pada Khamis, FTSE Russell dan Bursa Malaysia mengumumkan bahawa Westports akan menggantikan Felda Global Ventures Holdings dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI, susulan semakan separa tahunan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia.

Siri indeks itu disemak setiap setengah tahun mengikut peraturan asas indeks, kata Bursa Malaysia dalam kenyataannya semalam.

ARTIKEL YANG SAMA