Sahara Group elak jualan paksa

Sahara Group elak jualan paksa

MUMBAI, 8 Jun (AFP) – Konglomerat India yang berdepan masalah, Sahara berkata semalam ia menghindar jualan paksa hotel terkenal di London, Hotel Grosvenor House oleh para pemiutangnya, ekoran perjanjian di saat-saat akhir dengan jutawan Britain, Reuben Brothers.

Sahara, yang juga memiliki Plaza di New York, membeli Grosvenor pada tahun 2010. Tetapi sejak itu ia terlibat dalam kancah undang-undang, selepas bon-bon yang dijualnya kepada berjuta-juta pelabur kecil didapati tidak sah. Ekoran itu pengurus dan pengasasnya dipenjarakan sejak Mac tahun lalu dan Sahara berdepan dengan beberapa siri perjanjian untuk mengumpul jaminan AS$1.6 bilion.

Grosvenor House diletakkan di bawah pentadbiran dan ditawarkan dijual dalam bulan Mac, selepas pinjaman kepada Sahara dari Bank of China yang disokong hartanah dikendalikan oleh Marriott International diisytiharkan gagal membayar hutang.

Semalam Sahara berkata Reuben Brothers dalam “peringkat terakhir” mengambil alih portfolio pinjaman dari Bank of China.

ARTIKEL YANG SAMA