Sahur Ride meriahkan Ramadan

Sahur Ride meriahkan Ramadan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Lebih daripada 50 penunggang basikal daripada kelab-kelab berbasikal di negara ini terlibat dalam acara Sahur Ride yang bermula di Jerudong Park dan berakhir di ibu negara, baru-baru ini.

Sahur Ride berkenaan merangkumi kayuhan sejauh 60 kilometer dengan purata kelajuan selaju 30 kilometer sejam melalui lebuh raya Jerudong, Tungku Link, Jalan Kiulap sehingga ke kawasan Dermaga Diraja.

Sebelum acara bermula, bacaan doa selamat terlebih dahulu dibacakan oleh Awang Kimin.

Apa yang lebih menarik acara ini bukan sahaja disertai oleh peserta tempatan, namun terdapat juga penyertaan daripada warga Thailand.

Gambar ramai para penunggang basikal ketika tiba di destinasi penamat.
Gambar ramai para penunggang basikal ketika tiba di destinasi penamat.

Menurut salah seorang peserta Awang Mazran Jamain daripada Pasukan KCT menyatakan bahawa acara itu selaras dengan salah satu objektif acara berkenaan iaitu mengeratkan silaturahim dalam kalangan penunggang basikal yang terlibat.

Selain daripada itu, pihak penganjur cukup memberikan perhatian kepada pengamalan gaya hidup sihat di samping mengutamakan aspek keselamatan acara bagi meningkat kesedaran terhadap penunggang-penunggang basikal khususnya dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA