Sahur ‘Thai Boat Noodles’ di Anjung Saujana

Sahur ‘Thai Boat Noodles’ di Anjung Saujana

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Restoran Anjung Saujana kini menawarkan promosi sahur ‘Thai Boat Noodles’ yang bermula semalam sehingga hujung bulan Ramadan ini.

Thai Boat Noodles merupakan satu konsep hidangan yang diilhamkan daripada pasar terapung di Thailand di mana pelanggan menaiki bot dan menyusuri segenap pasar untuk menikmati apa yang diinginkan seperti mi yang disediakan dalam kuantiti kecil bagi setiap mangkuk.

Terletak di Bahagian ‘C’ restoran, ia dibuka dari jam 9:30 malam sehingga 1 pagi dan pengunjung boleh memilih antara sup ayam atau daging pada harga berpatutan.

Pengunjung yang makan lebih daripada lima mangkuk, akan mendapat minuman secara percuma.

Thai Boat Noodles kini boleh didapati untuk sahur di Restoran Anjung Saujana.
Thai Boat Noodles kini boleh didapati untuk sahur di Restoran Anjung Saujana.

ARTIKEL YANG SAMA